Tips Mencegah Baby Batuk Kahak

Bayi berkahak agak sinonim dengan baby bawah 2 tahun dan kebiasaanya tidak berbahaya. Baby akan berasa tidak selesa disebabkan hidung tersumbat dan nafas laju serta berbunyi kuat seakan mendengus. Tapi jangan ambil mudah kerana risiko sakit radang paru-paru jika dibiarkan berlarutan.

Jika  baby anda mempunyai masalah nafas berkahak tapi mood si kecil tetap happy dan tidak ‘swing’ serta menyusu secara normal, kebiasaannya kahak akan hilang dalam beberapa hari. Ini adalah kes biasa jika mucus/ kahak hanya di sekitar kawasan hidung (nasal congestion). Namun, kebanyakan baby akan mengalami masalah tidur dan kerap terjaga akibat ketidakselesaan pada salur pernafasan.

Ingat ye ibu – ibu, tidur berkualiti amat penting untuk baby kerana ketika itulah proses tumbesaran otak berlaku. Para ibu boleh membantu menghilangkan kahak agar si kecil cepat sembuh dan tidur lebih lena secara natural dengan krim sapuan semulajadi dan pastikan tidak panas (water based).

Namun jika baby tiba-tiba tidak aktif, tidak mahu menyusu dan berat badannya menurun, segeralah bawa anak untuk pemeriksaan doktor. Dikhuatiri kahak dalam salur pernafasan si kecil anda sudah berkumpul hingga dada (chest congestion).

KENAPA BABYKU BATUK BERKAHAK?

Kebiasaan ini terjadi kerana akibat dari batuk berkahak yang berterusan. Batuk yang sukar diubati dan berterusan lebih tiga bulan adalah antara petanda utama paru-paru mengalami radang akibat jangkitan virus.

Selain batuk berterusan, gejala lain mengeluarkan kahak sama ada berwarna jernih, putih, kuning dan hijau malah ada yang mengeluarkan darah. Faktor tertentu juga boleh menyebabkan anak ibu-ibu mengalami risiko untuk batuk kahak.

  1. Ibu atau bapa yang merokok berdekatan baby. Asap rokok sangat berbahaya kepada orang dewasa, apatah lagi si kecil!
  2. Terdedah kepada udara tercemar seperti asap kereta, asap kilang dan pembakaran terbuka.
  3. Alahan kepada habuk, debunga, wangian dan bulu haiwan.
  4. Perubahan cuaca yang ekstrim
  5. Tidak mengambil vaksin
  6. Virus yang menyebabkan demam atau selsema

Sebaiknya kurangkan bayi kecil anda keluar dan terdedah agen pencemaran diluar. Jika pasangan merokok, berbincang dengan suami demi kesihatan si kecil. Yelah, kebiasaanya bayi batuk berkahak ni akan kerap terjaga tengah malam dan merengek kerana berasa tidak selesa. Jika terlalu kerap terjaga, akan memberi kesan kepada tidur dan rehat si ibu dan bapa. Akibatnya ibu bapa akan lesu dan tidak bertenaga untuk rutin harian kerana tidak cukup rehat.

RAWATAN RUMAH KE TERUS JUMPA DOKTOR?

Jika symptom batuk kahak baby anda agak teruk sehingga kesukaran bernafas, jalan terbaik adalah bersegara membawanya ke hospital terdekat.

Tetapi jika anda mengalami batuk berkahak ringan, dan tidak menjeaskan aktiviti seharian. ibu atau bapa boleh mencuba kaedah lain selain mengambil ubat hospital untuk memulihkan batuk kahak. Antaranya;

  1. Rehatkan anak dengan secukupnya. Jika anak tidak sihat, elakkan membawanya keluar ke tempat awam seperti pusat membeli belah dan pasar malam kerana anak akan rasa terlalu letih dan proses penyembuhan anak akan memakan masa lebih lama.
  2. Berjalan-jalan sekeliling rumah untuk mengambil udara segar, terutamanya waktu pagi ketika udara masih bersih.
  3. Bersihkan rumah, perkakas dan pakaian. Bersihkan habuk-habuk pada kipas, perkakas kecil atau di celah-celah peralatan rumah. Mop lantai dengan air suam.
  4. Wap bersama bawang putih dan minyak zaitun. Riba anak dengan menghadap mukanya ke arah mangkuk wap dan tutup kepala anak dengan napkin nipis. Wap tadi akan naik dan masuk ke dalam rongga anak.
  5. Generasi atuk nenek kita dahulu guna kunyit. Tumbuk kunyit hidup dan sapukan kunyit tersebut di batang hidung dan dahi anak. Insyaallah membantu.

MENCEGAH BATUK KAHAK PADA BABY

Baby kecil ni system imun mereka masih belum matang. Ibu2 boleh amalkan tip2 berikut sebagai langkah pencegahan;

  1. Elakkan anak berada di persekitaran yang berhabuk dan asap.
  2. Pastikan persekitan bersih dan sesuai dengan anak.
  3. Pastikan pemakaian anak bersesuaian dengan persekitaran. Jika persekitaran sejuk pakaikan pakaian yang sedikit tebal pada anak-anak.
  4. Jauhkan anak daripada haiwan peliharaan yang berbulu. Alahan pada bulu haiwan juga merupakan faktor yang menyebabkan batuk kahak.
  5. Menggunakan produk youbaby cream yang mengandungi habatussauda, eo geranium, minyak kelapa, minyak bawang putih dan daun gelenggang yang boleh merawat batuk kahak. Sebaiknya standby satu atau dua tube untuk kegunaan ketika memerlukan.

Bahaya Jika biarkan batuk kahak berlarutan

Krim sapuan semulajadi amalan tradisi daripada ekstrak daun gelenggang dan tumbuhan yang sesuai dan selesa untuk mengurangkan kahak bayi.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

× Bantuan?