8 Jenis Batuk Pada Baby Ibubapa Wajib Ambil Cakna

Baby yang batuk berterusan harus diberi lebih perhatian untuk mengelakkan jangkitan pada salur pernafasan.

Sistem imun baby bawah 2 tahun masih belum matang sepenuhnya. Apabila baby batuk tiba- tiba batuk, penting bagi kita ibu bapa memberi perhatian lebih kerana batuk boleh memberi petanda awal masalah kesihatan yang lebih serius.

Oleh itu, jom kita teroka jenis- jenis batuk yang kemungkinan boleh terjadi pada baby kita. Apabila kita sentiasa peka dengan keadaan baby kita, terutama ketika mereka tidak sihat, insyaallah kita boleh mengelakkan penyakit yang serius terjadi pada mereka

1. Batuk croup

Jika baby anda mengalami sesak nafas, dan batuk seakan2 bunyi anjing laut, kemungkinan ia adalah batuk croup.Batuk cough terjadi akibat jangkitan virus yang menyebabkan radang pada kotak suara, dan saluran pernafasan  menjadi bengkak dan sempit. Inilah sebenarnya peyebab bunyi batuk kasar dan seakan bunyi salakan.

Oh ya, batuk croup ini berjangkit ye ibu2 bapa2 sekalian. Jika bayi anda terdedah kepada pesakit batuk croup terutamanya melalui udara (batuk/ bersin), risiko untuk berjangkit adalah tinggi. Walaupun rawatan batuk croup ini boleh sahaja dilakukan di rumah, antaranya  dengan rawatan stim dan banyakkan minum air masak, boleh sahaja bawa si manja anda ke klinik berdekatan untuk kepastian dari para doctor, terutamanya jika batuk tidak hilang selepas seminggu.

2. Batuk berkahak

Batuk berkahak ini sangat lazim di kalangan baby di Malaysia, selalunya disebabkan selesama.

Ia kerap terjadi ketika musim monsoon dan perubahan cuaca yang ekstrim, siang panas terik dan hujan lebat pada sebelah petangnya. Jangkitan ketika di nursery juga agak kerap sebenarnya. Antara rawatan rumah yang popular di kalangan ibu bapa Malaysia apabila anak batuk berkahak ialah rawatan stim dengan bawang putih.

Krim sapuan semulajadi juga sangat membantu untuk melegakan batuk kahak baby dan membantu baby tidur lena.

3. Batuk basah dan berkahak

Batuk basah disertai kahak dan berlarutan melebihi seminggu antara petanda pneumonia. Ia adalah keadaan dimana paru2 si kecil dipenuhi dengan kahak dan cecair. Jika batuk masih tidak hilang selepas seminggu, bawa baby anda secepat mungkin untuk pemeriksaan X-ray.

4. Batuk kering waktu malam

Jika baby anda batuk ketika musim hujan yang dingin dan pada malamnya batuk semakin menjadi2, maka ia mungkin tanda- tanda asma. Batuk ketika melakukan aktiviti fizikal juga merupakan simptom asma.

Asma terjadi apabila terjadi radang di salur pernafasan dan mengecil serta menghasilkan lendir berlebihan. Asma yang teruk memerlukan rawatan segera!

5. Batuk kuat dan teruk

Apabila baby mengalami batuk kuat dan teruk hingga sura menjadi serak, sakit otot badan, selsema disertai demam, perhatian lebih harus diberikan kepada baby kerana ini adalah tanda – tanda influenza.Influenza terjadi apabila virus influenza menyerang system pernafasan dan menyebabkan batuk teruk pada baby. Virus influenza boleh berada dalam badan si kecil selama berhari2 sebelum mereka jatuh sakit. Risiko penyebaran virus ini dikalangan kawan dan ahli keluarga daripada bersin.

Keadah rawatan rumah ialah degan banyakkan minum air. Klinik kebiasaannya akan bekalkan ibuprofen dan acetaminophen bagi bayi 6 bulan ke atas. Jika bayi anda belum diberikan vaksin selsema, segerakan pengambilan vaksin setelah baby pulih ye.

6. Batuk terkokol- kokol (whooping cough)

Batuk ini disebabkan oleh bakteria pertussis menyerang salur pernafasan menyebabkan ia menjadi bengkak dan seterusnya mengecilkan saluran pernafasan. Bayi bawah 6 bulan amat berbahaya jika mengidap batuk ini kerana pada usia kecil, paru-paru baby belum mempunyai kematangan yang cukup untuk menghasilkan bunyi terkokol, menyebabkan batuk ini susah untuk dikesan. Terus ke hospital jika anda syak bayi anda menghidap batuk ini. Baby kecil bawah 6 bulan akan dimasukkan ke wad untuk rawatan dan pemantauan.

7. Batuk bronkitis

Batuk bayi berbunyi parau atau siulan disusuli dengan menarik nafas yang cepat, ini adalah tanda2 penyakit bronkitis. Bronkitis ialah jangkitan pada bronkiols, salur paling halus dalam system pernafasan. Apabila bronkiols membengkak dan dipenuhi kahak baby akan mengalami kesukaran bernafas.

Penyebab utama batuk ini adalah RSV – respiratory syncytial virus. Segera bawa baby anda ke klinik berdekatan jika mengalami kesukaran bernafas.

8. Batuk coronavirus

Kebanyakan kanak2 tidak menunjukkan symptom covid, tetapi sebahagian mempunyai symptom seperti demam, hidung berair dan batuk. Batuk covid selalunya kering tanpa kahak. Symptom covid selalunya muncul 2 hingga 14 hari selepas terdedah kepada virus.

Mari kita ambil cakna akan kesihatan si manja kita agar mereka dapat membesar dengan ceria dan sihat.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

× Bantuan?